TRADISI
SYABANAN di Desa Suren Kutoarjo
Suren
pancen ngangeni itu
yang di rasakan oleh para perantau asal Desa Suren Kutoarjo Kabupaten
Purworejo. Selain suara dag deg dog pande besi, ternyata Desa Suren punya
tradisi Syabanan. Syabanan yaitu berkumpulnya ratusan pedagang tumpah ruah di
tengah-tengah desa. Tepatnya di sekitar Bale Desa Suren dan ribuan masyarakat
desa suren dan sekitarnya pun tumpah ruah di Syabanan ini. Barang dagangan yang
didagangkan di Syabanan ini bermacam-macam, ada sate, bakso, mie ayam, bakmi,
kupat tahu, mainan anak-anak, pakaian, pecel lele, lotek, kacang rebus, dan
lain-lain. Tapi anehnya tidak ada yang menjual alat-alat pertanian.
Dokumentasi : Sukirman Punya
"Syabanan 2013"
|
Tradisi Syabanan ada selama 3 hari di tengah bulan Sya'ban dan
menandakan bahwa warga Desa Suren siap menyambut Bulan Suci Ramadhan.
Biasanya, mushola atau masjid di Desa Suren ketika malam Syaban
menggelar Sholat Syaban berjamaah dan setelah itu membaca Al Quran Surah
Yaasiin 3 kali dan diakhiri dengan Do'a.
Konon
kabarnya Sabanan ada sejak Zaman Belanda. Belanda sengaja membuat rame rame di
tengah desa suren agar warga tidak khusuk berdo'a karena do'a di bulan syaban
diijabah.
Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini
dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya
eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib,
disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin
sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan
dijalaskan nanti.
Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada
segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa
serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih,
berselawat dan melakukan solat-solat sunat.
Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam
Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam
pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam
Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata :
“Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat
sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat
kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai
Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di
buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak
menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang
sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak,
pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang
yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka
sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan
maksiatnya”.
Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban
1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban
seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya dan keagungan
Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke
Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima
hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban
Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga
kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan
umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana
yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan
kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :
Itulah tentang Syabanan di Desa Suren Kutoarjo. Suren
pancen ngangeni.Cn.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar